kejAyaaN YanG BerMakNa....

assalamualaikum dan 1 malaysia..arini aq nk citer pasal perasaan bangga aq kat pasukan bola sepak malaysia kerana telah berjaya layak ke final dengan megahnye..aksi yang ditunjukkan oleh pasukan  malaysia juga telah  menunjukkan peningkatan yang amat ketara sekali..sebagai rakyat malaysia,aq amat bangga dengan mereka..walaupun selama nie dikritik hebat,tetapi pasukan malaysia telah menunjukkan bahawa mereka layak di berikan penghormatan..kejayaan malaysia ini banyak dibantu oleh ketangkasan golkeeper kebangsaan iaitu khairul che fahmi yang menjaga gawang malaysia dengan baik dan relax jew..dye lansung tidak nampak gugup atau takut walaupun diganggu oleh penyokong-penyokong setia vietnam,banyak percubaan yang dye selamatkan..bukan itu saje,pertahanan malaysia juga perlu diberi pujian kerana menunjukkan displin yang tinggi dan ketahanan metal yang kuat bagi  membantu mereka mengekang asakan daripada pasukan vietnam..pemain-pemain midfilder malaysia seperti syafiq rahim sebagai kapten,amirul hadi yang mengalami kecederaan,kunalan yang bermain sayap kanan,dan amri yahya yang masok pada separuh masa kedua juga telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan semangat juang yang baik..walaupun banyak peluang yang disia-siakan oleh mereka tetapi mereka tetap menunjukkan permainan yang bagus..percaturan rajagopal yang mengandingkan shahrul idhlan talaha dan safee sali juga telah berjaya..percaturan itu juga telah banyak membantu malaysia ketika mengalahkan vietnam di bukit jalil..tetapi pasukan malaysia kenalah berusaha dengan lebih banyak lagi kerana lawan di peringkat akhir nanti antara indonesia atau filipina ialah bukan calang-calang pasukan..pasukan indonesia juga mempunyai rekod yang baik ketika melawan malaysia..dengan ini,malaysia haruslah melipat kali gandakan usaha bagi menghadapi mereka..aq berdoa agar pasukan malaysia dapat mencipta sejarah dengan menjulang piala AFF SUZUKI CUP buat pertama kalinye..dengan kemenangan itu nanti ia juga dapat menyemarakan lagi semangat penyokong-penyokong..sampai sini saje kegembiraan yang boleh aq kongsikan..semoge pasukan malaysia mengecapi kejayaan yang lebih besar lagi selepas ini..amin..sekian terima kasih..

gambar-gambar hero malaysia:









Tiada ulasan:

Catat Ulasan